Thursday, 19 January 2012

Perut Buncit Tanda Awal Penyakit (Menarik!)

Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan.
Tanda Awal Penyakit | 
Bagi anda yang masih bujang dan masih mempunyai perut yang kempis (terutamanya lelaki yang aktif), jangan sangka keadaan ini akan berkekalan. Anda pasti perasan bahawa bagi kebanyakan lelaki, perut yang kempis itu pasti akan berisi dan membuncit selepas berkahwin.
Tanda Bahagia?
Ramai orang kerap bergurau dengan mengatakan perut buncit ini tanda bahagia atau tanda kemewahan tetapi yang pastinya perut buncit telah terbukti secara saintifik berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan termasuklah masalah jantung.
Lemak yang terkumpul di perut boleh termasuk dalam kumpulan lemak viseral, iaitu lemak dalam organ-organ dalaman badan termasuklah hati, jantung dan sebagainya.
Ukur Lilit
Semakin buncit perut menandakan seseorang itu semakin tidak sihat. Ukuran lilit yang ideal bagi kaum lelaki ialah 90 sentimeter dan bagi wanita ialah 80 sentimeter.
Ukuran ini perlu dilakukan oleh pengamal perubatan atau mereka yang mengetahui teknik ukuran tersebut. Pergilah berjumpa dengan doktor atau jururawat bagi mendapatkan ukuran lilit perut saudara.
Perut buncit merupakan kriteria utama sebelum seseorang itu dilabelkan mendapat sindrom metabolik yang berkait rapat dengan penyakit-penyakit seperti kencing manis, hipertensi, masalah jantung dan sebagainya.
Cara Hidup Sihat
Tidak ada cara selain menjaga pemakanan yang baik dan melakukan senaman secara konsisten bagi mengatasi masalah perut buncit. Mungkin cara sedutan lemak atauliposuction boleh dilakukan tetapi kesannya adalah tidak berkekalan jika tidak mengamalkan cara hidup yang sihat.
Melayukini.net - Semoga kita sama-sama berazam agar perut kita tidak buncit dan seterusnya mendapat kesihatan yang berkekalan. Buat lelaki yang di sana-sana, walaupun isteri anda masak sedap-sedap, anda perlulah menjaga perut.. He he..
Sumber: Sihat Selalu | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net

JOM MASAK

Wah, tetibe lak mood nk berbelog sal masakan, dlu aku mmg x ske mask, dh la x ske, x thu lak tu, yg thu makan, makan, makan, tu jelah kejean nya, hasilnye, nah,,, sihat walafiat, tp tu dlu, sekarang aku dh nak upgrade dri aku...aku serius nk belajar masak, walaupun masak yg biasa2 je,,, hehheheheh (maklumlah,,nk kwen,,)
 ok, mule2 skli aku nk letak rsepi-rsepi yg peberet aku je dlu.., resepi2 n pun aku cedok dri beleg org lain.,,,, mne lah mmpu nk wak rsepi sndri...


KREDIT: My Resepi.com

MEE KARI

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • *** Bahan untuk kuah :
  • 4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
  • 1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh pun boleh
  • 1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sampai terlalu hancur (**) - dikisar berasingan dari bahan (*)
  • 500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
  • 4 tangkai daun kari
  • Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
  • 1 labu bawang besar – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang merah – dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih – dikisar (*)
  • 200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
  • Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
  • 4 keping asam keping / asam gelugur
  • Garam & perasa secukupnya
  • *** Lain-lain bahan & hiasan :
  • 1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
  • Taugeh – dicelur
  • Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
  • Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
  • Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
  • Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
  • Cili merah – dihiris halus
  • Daun bawang & daun sup – dihiris halus
  • Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara

  1. Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
  5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
  7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
  8. Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

                                                              (Gambar Hiasan)
AYAM PERCIK
Bahan-bahan ( 4 orang )
·         1 sekor ayam yang dipotong 4
·         1 1/2 cawan santan pekat
·         2 biji bawang putih
·         1 labu bwg besar
·         2 cm halia
·         2 batang serai
·         1 camca kecil ketumbar
·         1/2 camca kecil jintan putih
·         1/2 cawan tepung beras
·         sedikit air asam jawa@asam keping
·         cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
·         garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
1.   Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
2.   masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
3.   angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
4.   bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
5.   hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

BERBELOG

fuh!! dh lame rsenye aku x update blog aku n..nk kte x de mase, x jgak.. mse byk je, even time keje pun free je memanjang.., x lain x bukan, berfacebook jelah kejean nye..dh nk bosan tahap giler2 dh..huhuhuu..., tapi tbe2 lak malam n rse nk berbelog lok.., hehhehhehe,, tp nk tulis ape ek..hmmmmm.........

x lame lg (seminggu je lg) aku dh nk kawen, dh nk tukar status dh, single-married, huuhuhuhu, mcm x cye je,.,kejap je mse berlalu, rse cam x puas je lgi nk berstatus single.., , mgkin seru dh sampai kot, Alhamdullilah,,,\

untuk aku sampai ke tahap sekarang (dh nk kwen), bukan sesuatu yg mudah bg aku,.., boleh dikatakan byk jgk la, onak duri (cewah...) yg terpakse kmi harungi, walaupun x berape nk berduri..hehhe..

kami harap kami akan saling memahami hingga kahir hayat kami, klu boleh nk mati sme2.,,huhuuhuuhu, kami x mintak hidup senang lenang, kaya raya, tapi cukup la seadanya...